Friday, September 11, 2020

METRASQUARE MELAKA 26 JANUARY 2020
























setiap hotel mesti pros & cons kan.. so yang tak best nya kat sini :

tak ada iron & iron board
tak ada alas kaki
suis kat table top rosak
lantai tak rata
aircond tak service (filter berhabuk. laki sis bersihkan baru la sejuk)
tak ada glass untuk berkumur-kumur dalam toilet

Friday, April 10, 2020

RESEPI DONAT GEBUSSS

Hai korang.. 🙋‍♀️

Amacam duduk kat rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni? Masuk hari ni maksudnya dah hari ke 23 aku duduk terperap kat rumah tak keluar pegi mana-mana..

So guys.. Hari tu aku ada buat kuih donat. Bukan first time buat.. Actually ni kali ke 3 atau ke 4 aku buat  kuih donat.

Tadaaaa~ helok je naik gebuss dia kan 🥰🥰



Kenyang sangat² makan donat ni..mane tak nya.. Aku tekap acuan besar². Bila biar lama² jadi kembang sekembang nya 😆😆..


Ok la.. Ada member² yang dah try resepi ni.. Korang cuba buat pulak ye..

Bahan-bahan :

-1 peket yis
-2 cawan air
-3 sudu gula
-2 sudu marjerin
-1/2 tin susu pekat
-1 biji telur
-8 cawan tepung
- 2 sudu minyak masak (optional)

* gaul semua bahan kecuali minyak masak
* last skali baru letak minyak  supaya tak melekit kat tangan. Tak nak letak minyak pun tak pe.

* rehatkan doh dalam 15 minit

* dah boleh tekap doh dengan acuan donat. Takde acuan donat pun x pe. Bulat² kan doh susun dalam loyang

* masa tekap doh tu boh tepung kat tangan sket, kat loyang sket supaya tak melekat.

* dah siap. Biar donat rehat dalam 10 minit bagi donat naik gebu

* lepas tu lubangkan gune jari pon boleh

* panaskan minyak. Dah panas terus goreng dlm minyak yg panas

* golek pd gula yg dah blend


Siap. Boleh selfie dgn donat 😜







Sunday, February 2, 2020

Review : Guest Hotel & Spa Negeri Sembilan

Assalamualaikum, hi korang!

Cuti Chinese New Year hari tu kitorang tak planning pun nak pergi mana-mana. baru teringat ada sedara nak tunang kat Melaka ahad tu. At first aku plan nak balik hari sebab malas nak bersesak kat Melaka tapi tiber je laki aku ter-on vacation mode dia.. dia nak cuti dari hari jumaat sampai la ke hari isnin. haa sudah... mane nak cari hotel last minute camni. confirm penuh. so aku malas nak fikir, malas nak cari. aku serahkan bulat-bulat kat laki aku. asalkan bilik tu bersih & selesa.

so.. hari jumaat & sabtu kitorang plan nak bermalam di Hotel Rasah Seremban (alaaa...budget hotel yang aku ada cerita aritu). kenapa nak tidur kat Seremban kan? kata nak ke Melaka.. laki ku ada misi nak ke Pedas semula cari itik salai masak lomak cili api bubuh cendawan (sedapnyaaa...sumpah sedap cendawan tu). Tapi tu la kan..disebabkan hotel tu jauh 45 minit dari pantai Port Dickson, maka kitorang pilih hotel kat Lukut yang jaraknya dalam 10 minit je nak ke pantai PD. Anak-anak aku bukan nak mandi laut pun.. diorang nak benam kaki dalam pasir pantai yang ada cacing merah panjang-panjang tu.. geliii~



kerana hari bertolak ke Lukut tu hari Jumaat, maka nya kitorang singgah kat masjid area Pedas untuk menunaikan solat jumaat. Cantik kan cuaca dalam gambar tu tapi....Panas terik weh. basah ketiak dibuatnya. takde pokok-pokok untuk kereta berteduh.

Settle solat jumaat, kitorang teruskan misi cari haiwan salai.





tapi.... kedai tutup (T______T)~~ jauh kami datang ni makcik... sepatutnya hari jumaat bukak tapi aku whatsapp makcik tu kata dia ambil cuti tahunan..anak sedara dia nak bersanding minggu tu. ada rewang-rewang sket.

 so laki ku tapau nasi kat Grobok Salai yang femessss tu. ramaiiii gila weh...dia lah cakap.. aku tak masuk pun dalam kedai tu. gambar lauk aku tak sempat ambil sebab pedassssss namatey..setiap suapan kuah ke mulut.. atas kepala aku macam jadi gelap pastu ada bintang-bintang. can u imagine gaisss? pedasssss

kitorang tapau nasi lauk lepas tu check in Guest Hotel & Spa (4 star hotel), RM196/night. (mahal sebab peak season kan..). Jenis bilik Deluxe Room (including breakfast).





bagi aku ok la..untuk 1 malam. Yang paling aku suka... walaupun biliknya so-so tapi ada iron board. aku sentiasa bawak iron sendiri tapi aku lagi suka hotel facility yang provide iron.. (aku cerewet kot kalau baju kedut-kedut ni)




breakfast situ memang ok sangat-sangat. Sedap! Menu pulak sentiasa di-top up. Licin je dalam tray....pap! top up lagi. memang kenyang la. terbaik la chef & staff kat situ. tapi laki aku dok muncung sedepa sebab tak ada menu sausage.. apooo sausage je pun ><,



kat situ ada swimming pool (1st floor) di buka 7 pagi - 7 malam. ada adult pool & kids pool. bath towel pun provide sekali. pool tak la besar sangat...kids pool muat dalam 10 orang camtu je kot..kalau ramai sangat nanti crowded pulak dalam tu nanti.

dan... ada jacuzzi, gym, sauna & bath steam. ok la tu kan? tapi tu semua aku tak pergi sebab dah nak maghrib masa tu. kitorang pun check in lambat.

Malam tu.. malam tahun baru cina.. jadi kitorang ber-firework la kat beranda (balcony). syok sebab situ area chinese kan.. ada 5-6 firework.





conclusion,.. Room No. 211

pros : makanan sedap-sedap
         bilik bersih
         staff baik & mesra

cons : air sinki leaking
          langsir tak tebal (cahaya tembus)
          meja hilang 1 drawer (kene curi ke ape ='D )
          lampu katil rosak
          aircond lambat sejuk



Sunday, December 22, 2019

Review : Straits Hotel & Suites

29 November 2019

Aku selalu lambat up story kan (><)

November lepas, aku pergi Melaka atas urusan member sekolah nak sanding (kahwin dah ko ye cah..tahniah2). Aku dah marked kat calendar awal-awal lagi. Siap reminder kat handphone lagi. Wajib pergi..ni best friend masa kat Sentul dulu.

Kitorang check in kat Straits Hotel & Suites, Melaka Raya.

Harga 1 malam RM330/malam. Mahal? ye.. memang mahal. Aku pun terkejut husband aku booked hotel tu (-_____-). Dan dia booked untuk dua malam (pitammm). Satu lagi musim cuti sekolah kan? harga melambung la jadi nya. Tapi.  .  .  .  .  .  mahal berbaloi tau.  .  .  .  .  .


ruang tamu. besar...luas...cantik!

cantik kan? terasa berada di rumah sendiri. Ada meja makan, ada mini fridge, ada kitchen cabinet tapi tak ada alatan macam pinggan, sudu, garfu. Aku pun tak tau ape function dia buat kitchen cabinet besar-besar camtu. tak ada tempat masak tau.. ni bukan homestay jijah ada tong gas bagai.

nak relax-relax lepak kat sofa panjang sambil tengok tv. Lantai nya vinyl floor (aku tau tu vinyl floor sebab ada part yang kene air dah kembang huhuhu).

tengah cari "line internet" le tu.. ;p

masalah utama kitorang kat situ adalah "line internet". sorang pakai umobile. sorang lagi pakai digi. kedua-dua nya susah dapat line internet. pffft. lagi tinggi tingkat korang duduk.. lagi rendah line bar kat handphone korang.


view siang dari sliding door. tapi malam lagi cantik. banyak lampu

bedroom. luasssss...

seriously bilik ni memang luas. korang nak bentang toto narita kat bawah tu pun boleh (mak-mak kan selalu buat camtu (><.) )

ok. kat sebelah kiri katil tu ada ruang wardrobe. pun luas jugak. turut disediakan meja yang panjang. aku tak tau la meja panjang-panjang tu depa nak buat conference ke ape..

yang tak best nya tak ada tv dalam bilik. ye la..penat drive/duduk dalam kereta. masuk bilik mesti lah nak golek-golek kat katil melunjur kaki sambil tekan-tekan remote tv nak relax layan movie kan? ni tak..golek-golek pandang siling je la..

aha! yang pintu kaca tu kan.. tu toilet. toilet dia tak la luas mana. ok la kan.. toilet besar-besar buat ape, nanti terbayang macam cerita "dark water" la "ju on" la..rambut-rambut tetiba keluar kat siling toilet. pejam mata 3 saat terus terbayang bayi ajaib, valak, annabelle. cepat-cepat lap air kat muka.. gelabah pandang kiri kanan (aku la tu...)


yang menatang ni..anak aku suka sangat. dia suka main buih sampai paras leher dia

tempat makan kitorang masa breakfast.


breakfast time! 1st day turun okay lagi tak ramai. lauk pun ok la.. tapi masuk hari kedua breakfast. Ya ampun... ramai nau-nau. lauk pun banyak yang habis.

lepas korang dah melantak nasi lemak, lontong, sausage, scramble eggs, manggo juice etc. boleh la pergi bakar lelemak tepu dan kalori tu kat gym. keluar je dari pintu cafe. terus nampak bilik gym. oh ya.. swimming pool kat tingkat 5.

tenghari tu kitorang nak check out dah. sebelum check out aku sempat la pergi jumpa member skolah aku masa kat teknik shah alam dulu. kitorang jumpa kat lobby. berpeluk berlaga pipi la kitorang.. lepas memasing dah melepaskan kerinduan. aku nak naik bilik semula. masuk lif.. touch card tapi tak boleh tekan floor button! aduhh...tengok jam dah pukul 12.30 t/hari. card dah kene block. beronok-ronok la aku dalam lif tanpa arah tujuan. husband turun dia "hidup" kan semula card tu. hawauuu betul laki ku dia tak ingatkan pasal card "mati" tu. 


sementara tunggu laki turun selamatkan aku. aku ambil gambar "harta warisan" kat
meja lobby hotel. teddy bear pun ade..

sebelum balik rawang, kitorang rayau-rayau sekitar bandar Melaka. kitorang tak masuk jonker walk pun sebab hari hujan petang semalam tu. tak masuk jugak A.Famosa sebab dari aku baby sampai ke tua selalu pergi situ. lawatan skolah pun pergi situ. so kitorang cuci mata tengok mat syalleh je la~

wall art. kreatif kan?

pisang goreng dari kedai Captain Pisang. RM20. ok ke tak ok harga tu?

Pendapat aku la kan...Melaka ni bukan tempat yang sesuai untuk bawa baby jalan-jalan. Melaka bandar yang kebanyakan masa cuacanya panas dan sesak dengan lautan manusia. Sama macam Penang. Kalau bawak anak-anak yang dah bersekolah ok la bagi diorang belajar sejarah sket.

ok bye. jumpa next entry.

Rate untuk hotel : 9/10
kebersihan hotel : 9/10

Review : Hotel Rasah Seremban



28 October 2019

Assalamualaikum. hai korang (^^,)/''

Actually aku tak tahu nak letak tajuk entry konvo ke review hotel ke makan-makan kat Rembau.

Last week kitorang pergi Rembau sebab adik yang second last nak konvo. Memula excited nak pergi sebab nak jalan² kat sana sekali. Tapi disebabkan last minute baru nak book hotel. Semua full. So we had no choice. Terpaksa bermalam di hotel Rasah. Jauh jugak dari Seremban nak ke Rembau. Tawakal je la kan.. harga satu .malam RM65. murah kan?

sebelum check in hotel, kitorang singgah makan kat kedai makan Salai.

potion sikit je plus mahal :p tak kenyang

Settle melantak kitorang Terus check in dalam pukul 3.30 petang macam tu. kat hotel tu jalan nak ke bilik korang kene lalu tangga yang tinggi. gayat je rasa ><




Kitorang booked dua bilik. 1 bilik menghadap jalan raya. Masuk je bilik..wow..wow.. Bersih, kemas & cantik. Macam bangunan baru je.



toilet pun cantik & bersih. tapi kan.. ada satu-satu masa akan ada bau yang tidak menyenangkan. maybe datang dari paip kumbahan tu kot. bau tu datang sekejap je. tapi boleh mati kan deria bau korang. busuk kot (-__-) sebab tu diorang letak sebunjut arang (refer gambar bawah) untuk matikan bau busuk tu. tapi macam tak de function je arang tu. tetap busuk gak. sekejap je la bau tu datang.



haaa.. bilik ni tak provide almari tau. hanya disediakan tempat sangkut baju. sesuai la dengan budget 1 malam kan?


gambar bawah ni pulak..ni bilik ke dua. tak ada tingkap. dinding semata-mata. rasa terkedap je. tapi bersih & kemas.





Malam tu kitorang lapar gila.. singgah satu kedai tomyam kat area situ. sedap. banyak. harga sama je dengan kat kL. sorry..aku tak ingat kedai ni name apa.


tak banyak nak review kali ni.. sebab kitorang pun bukan pergi bercuti. Bagi kitorang dengan harga RM65 berbaloi la untuk stay 1 malam kat hotel Rasah Seremban. staff kat hotel tu pun ramah dan baik. lupa pulak nak mention pasal breakfast. breakfast? hotel bajet? serious la? yezza.. harga 1 malam tu termasuk breakfast guys.. tapi korang jangan expect breakfast ada scramble eggs, sausage etc. Sesuai dengan harga 1 malam kan.. breakfast kat situ roti bakar. ok la kan? ada hotel yang langsung tak da breakfast tau

untuk adik aku.. tahniah! dah konvo. -kerja rajin-rajin. cari rezeki yang halal. jangan lompat-lompat tempat kerja dan jangan stress2 




pic taken : 28 october 2019









Monday, October 21, 2019

REVIEW : AIKEN TEA TREE OIL



Bulan Ogos aritu beli aiken tea tree oil ni kat shopee. Ramai cakap ok. Tapi kalau kulit korang ada alahan dengan tea tree, better elak guna produk ni.

Memandangkan ni dah masuk bulan Oktober, maksudnya dah dua bulan guna produk ni. Ok la. jerawat naik je cepat-cepat dap dap kat tempat yg ada jerawat tu. pastu rasa sejuk sejuk kebas je kawasan tu. Korang jangan sapu satu muka pulak.. kebas pulak muka tu nanti. Hanya dap dap je dgn jari kat tempat yang bermasalah tu.

Keberkesanan? lepas pakai bukan lah terus hilang jerawat tu. 2-3 hari camtu jerawat tu kecut sendiri. Depends on pimple size. Jangan pulak dipicit-picit jerawat tu. honestly..compared to oxy gel, oxy lagi cepat keberkesanannya tapi ntah tetiba rasa nak tukar pakai aiken >.<. Maybe sebab dah pakai aiken cleanser..alang-alang tu baik pakai 1 set terus kan?

Cara guna produk ni?

cuci muka dengan aiken cleanser > toner > aiken tea tree oil > aiken moisturizer

toner aku pakai neutrogena, tak pakai aiken toner. Sebab nya bau aiken toner kuat. pening je bau dia. cara kat atas ni aku buat masa siang je. malam lain pulak proses nya.

Rating untuk produk ni : 8/10

Repeat order? insyaAllah setia dengan yang ni kot. ;p

Saturday, October 19, 2019

hai

Assalamualaikum wbt :)

hai korang! this is my new blog. blog yang satu lagi tu memang khas untuk business sahaja. tak nak la campur aduk personal life dengan business kan. Actually aku pun tak tau ni blog yang ke berapa ntah. selalu sangat lupa password (T____T)

Memandangkan dah lama tak berblog dan lama tak type guna papan kekunci kat laptop. maka..lupa dah macam mana nak letak jari jemari kat papan kekunci..dan terasa keras kejung jari ni masa tekan papan kekunci. tu la... nampak sangat teknologi handphone (touch screen) memalaskan jari-jari untuk lebih bekerja kan?

since beranak pinak ni malas gila nak update apa-apa kat blog. sekarang kan dah ada instagram (ig), facebook (fb), twitter (ape short utk twitter eh?) kan.. so orang menggunakan social media yang senang untuk kongsi cerita dan gosip. blog akan jadi medium kedua atau ketiga selepas social media yang disebutkan tu.

tapi orang still cari resepi, tips melancong, tempat makan best, petua, cara stalk suami (ops ;p) kat blog kan? blog ni masih relevan lagi la kan..kan..kan?

ok la stop sini dulu. duduk bersila, membongkok kat lantai, dengan jari kaki jadi laptop stand sambil menaip sangat meletihkan..